CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, April 26, 2009

*PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT*

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh
membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya :
-


*1) ** **NOMBOR KECEMASAN*
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah
112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua
talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia
boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik
lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda
dikunci ( Keypad lock )


*2) ** **KERETA TERKUNCI*
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta
anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk
mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan
risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system
penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada
di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon
bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang
terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON
'
pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada
telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh
dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda
berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau
meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan
telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana
beberapa orang telah mencubanya.


*3) ** **KUASA BATERI TERSEMBUNYI*
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan
bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai
fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit
anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan
penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan
dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# '
..
Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan
memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50
peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon
bimbit anda .


*4) ** **TELEFON KENA CURI*

- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda
boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang
terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri
telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk
setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat
Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis
telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka
kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa
sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah
ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit
tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas
hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

0 comments: