CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, May 14, 2009

.....panduan berkenalan di internet......

1. Hati-hati dan bataskan maklumat untuk dikongsi.

Sukar menilai keikhlasan dan hati budi rakan yang baru dikenali di internet. Jadi bagi mengelak menjadi mangsa, eloklah berhati-hati dan jangan kongsi semua maklumat diri.

2. Jangan beri kepercayaan penuh.

Ini penting kerana dalam dunia siber, ramai cenderung menipu. Kita perlu selalu berhati-hati dalam menerima maklumat lebih-lebih lagi daripada mereka yang menjadikan internet sebagai alternatif mencari jodoh.

3. Usah sandarkan harapan tinggi.

Selalunya, dalam hubungan maya, ramai cenderung menampilkan diri mereka insan terhebat. Bagi golongan mudah terpedaya, mereka mula menaruh harapan tinggi seperti biarlah si dia kacak atau berkedudukan. Hakikatnya, ramai yang hampa apabila bertemu kali pertama di alam nyata!

4. Jaga etika berbahasa.

Biarpun hanya di internet, budi bahasa perlu dijaga. Hormati orang lain dengan tidak berbincang isu yang sensitif atau tidak disenangi teman maya. Selain itu, kita harus mengelak membincangkan isu berbaur negatif yang boleh mencetus pergaduhan. Jika terasa individu yang dilayan di talian mencurigakan, abaikan saja!

5. Berhati-hati apabila memuat turun foto.


Banyak iktibar yang kita peroleh daripada kes pencerobohan laman web termasuk yang membabitkan penyebaran gambar orang lain. Sehubungan itu, berhati-hatilah! Jangan sesekali memuat turun gambar kurang sopan kerana dikhuatiri akan disalahgunakan!

.......ULTRABADRUL............

wlaupun game chelea vs barca dah lame habis....tp game tu xkan aku lupekan
coz ade seorang ref yg bodoh dan xsekolah agama jaga game tue......ref tu skg nie sedang diserang oleh ultrabadrul.....kalo dgr berita dia mati...mknenye dah kene fire ngan ultrabadrul ler tue...huhuhuhhu....disini sy smpat amik gmbar dia tgh kene fire ngan ultrabadrul......padan muke dia......hahahaha...




GO....GO...ULTRABADRUL....FIRE SIBOTAK TUE...



Saturday, May 9, 2009

..........OH IBUKU SAYANG.........




Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu... mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....





Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Tuesday, May 5, 2009

GADIS.........Yang Mana Satu.............

Gadis..
Hadirmu membawa keceriaan..
Menceriakan aku akan kehidupan..
Semangat mu akan ku kumpul.
Untuk keteguhan dalam kehidupan..

Gadis..
Raut wajahmu terbayang-terbayang..
Keceriaanmu membawa keriangan..
Suaramu sentiasa terngiang-ngiang..
Seakan belagu dalam igauan..




Cinta yang datang begitu banyak sekali
Menjadi aku binggung seketika
Mana satu cinta sejati
Mana satu cinta nan suci
Aku menjadi takut sendiri
Seandainya tersalah lagi
Memilih cinta yang suci
Bagaimana jika cinta itu buta
Tidak bisa dikenali
Mana permata atau kaca
Cinta bersandarkan nafsu semata
Cinta sukarnya ku mengenali
Mengenali cinta sebenar


yang mana harus ku pilih utk memberiku kebahagiaan didunia dan akhiratku....
yg mana mampu utk sehidup dan semati dgn ku...
yang mana akan sentiasa berada disisiku sehingga akhir hayatku
kedua2 punya ciri2 kewanitaan yg aku cari selama ini...
kedua2 mempunyai keistemewaannya tersendiri...
argghhh...
YANG MANA SATU...

Saturday, May 2, 2009

Pakwe Anda BELUM Benar-Benar Mencintai Anda Jika :

-Sering mengganggu dengan menelefon atau SMS ketika anda mengulan kaji.
-Sering mengajak anda ke tempat-tempat sunyi.
-Cuba mencium anda walaupun anda sering memberikan amaran agar menghentikannya.
-Suka memgang tangan anda. Kadang-kadang dia pura-pura tidak sengaja.
-Selalu minta tolong siapkan assignment.
-Banyak alasan dan tidak ikhlas menolong sekiranya anda memerlukan bantuan.
-Selalu minta dibelanjakan makan tengah hari dan duit topup telefon bimbitnya (kes pakwe pkai la ni).
-Tidak membenarkan anda bersama dengan lelaki lain sekalipun sekadar untuk mengulan kaji pelajaran atau study group.
-Sering mengajak ke tempat-tempat yang tidak elok (maksiat), seperti panggung wayang, parti dan kelab malam.
-Bercakap isu-isu 18SX (lucah) dengan anda tanpa perasaan malu.
-Sering menghantar SMS lucah dan gambar tidak senonoh kepada anda.
-Tidak berminat membincangkan soal pelajaran.
-Anda tidak pernah melihatnya menunaikan solat atau bercakap hal-hal agama.

MAKNANYA : Jika beginilah ciri-ciri yang terdapat pada pakwe anda, jangan segan-segan untuk memutuskan hubungan dengan segera. Jelaslah bahawa dia TIDAK JUJUR mencintai anda dan kasihnya hanya bertunjangkan nafsu serakah semata-mata. Dia tidak mengambil berat terhadap pelajaran dan masa hadapan anda. Tidak layak menjadi ketua keluarga yang sepatutnya memimpin anda dan anak-anak (kalau bercadang hendak berkahwin). Jika hubungan sepertin ini diteruskan, bukan sahaja anda akan keciciran dalam pelajaran, malah maruah dan kesucian anda juga mungkin tergugat.

Makwe Anda BELUM Benar-Benar Mencintai Anda

-Sering mengajak anda keluar jalan-jalan (buang masa)
-Selalu sangan meminta anda belanjanya makan dan shopping.
-Asyik menghubungi anda siang dan malam.
-Ingin mengikut anda ke mana sahaja anda pergi.
-Selalu meminta anda menyiapkan assignmentnya.
-Tidak pernah mengingatkan anda untuk bersolat apabila tiba waktunya.
-Tidak berminat membincangkan soal pelajaran.
-Anda sering melihat dia melewatkan solat atau meninggalkan solat.
-Sering mengelak daripada bercakap hal agama.
Jika :
MAKNANYA : Jika semua atau salah satu ciri-ciri di atas dimiliki oleh makwe anda, confirm dia memang TIDAK TELUS mencintai anda, tetapi lebih berminat dengan poket anda.
Jika diteruskan hubungan dengan wanita seperti ini, bukan poket anda sahaja yang akan kering, pelajaran anda juga terganggu dan merosot.