CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, May 2, 2009

Pakwe Anda BELUM Benar-Benar Mencintai Anda Jika :

-Sering mengganggu dengan menelefon atau SMS ketika anda mengulan kaji.
-Sering mengajak anda ke tempat-tempat sunyi.
-Cuba mencium anda walaupun anda sering memberikan amaran agar menghentikannya.
-Suka memgang tangan anda. Kadang-kadang dia pura-pura tidak sengaja.
-Selalu minta tolong siapkan assignment.
-Banyak alasan dan tidak ikhlas menolong sekiranya anda memerlukan bantuan.
-Selalu minta dibelanjakan makan tengah hari dan duit topup telefon bimbitnya (kes pakwe pkai la ni).
-Tidak membenarkan anda bersama dengan lelaki lain sekalipun sekadar untuk mengulan kaji pelajaran atau study group.
-Sering mengajak ke tempat-tempat yang tidak elok (maksiat), seperti panggung wayang, parti dan kelab malam.
-Bercakap isu-isu 18SX (lucah) dengan anda tanpa perasaan malu.
-Sering menghantar SMS lucah dan gambar tidak senonoh kepada anda.
-Tidak berminat membincangkan soal pelajaran.
-Anda tidak pernah melihatnya menunaikan solat atau bercakap hal-hal agama.

MAKNANYA : Jika beginilah ciri-ciri yang terdapat pada pakwe anda, jangan segan-segan untuk memutuskan hubungan dengan segera. Jelaslah bahawa dia TIDAK JUJUR mencintai anda dan kasihnya hanya bertunjangkan nafsu serakah semata-mata. Dia tidak mengambil berat terhadap pelajaran dan masa hadapan anda. Tidak layak menjadi ketua keluarga yang sepatutnya memimpin anda dan anak-anak (kalau bercadang hendak berkahwin). Jika hubungan sepertin ini diteruskan, bukan sahaja anda akan keciciran dalam pelajaran, malah maruah dan kesucian anda juga mungkin tergugat.